Ikuti Kami:

Meski Rating Tinggi, Penonton Geram Tonton Babak Ini Dalam ‘One Dollar Lawyer’

Meski Rating Tinggi, Penonton Geram Tonton Babak Ini Dalam ‘One Dollar Lawyer’

Menjadi antara K-Drama terbaik yang sednag ditayangkan kini, nama “One Dollar Lawyer” tiba-tiba menjadi sebuta ramai dek satu perkaran yang kurang menyenangkan.

Ketika episod 6, terdapat babak di mana Chun Ji-hoon (Namgoong Min) dilihat sedang menyelesaikan misteri berkaitan kes pembunuhan artis Kim dan isterinya.

Semasa sedang berbincang, Baek Ma-ri (Kim Ji-eun) hadir bersama sebungkus ayam rebus dari sebuah jenama popular untuk makan malam mereka. Drama itu kemudiannya menghabiskan masa lebih seminit dengan pelbagai sudut rakaman makanan itu dan para pelakon sedang menikmatinya.

sbs one dollar lawyer

Selepas tayangan tersebut, rata-rata penonton meninggalkan komen kritikan mengenai babak PPL berkenaan,

Saya ingat ada iklan yang tiba-tiba muncul.

 

PPL melampau ini sangat melebih dan menyakitkan hati.

 

Perhatian saya terganggu ketika babak ini.

sbs one dollar lawyer

Pun begitu, komen yang lain,

Saya okay sahaja dengan PPL ini.

 

PPL penting untuk sebuah produksi drama.

Untuk pengetahuan, kritikan mengenai tayangan PPL dalam drama sering menjadi perdebatan penonton memandangkan ia kadang-kadang membuatkan plot menjadi kekok dan sukar untuk menontonnya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...