“Mana Musim Kedua ‘Hot Stove League’?” – Dialog Namgoong Min Dalam ‘One Dollar Lawyer’ Tular
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Nampaknya masih ada yang belum ‘move on’ dengan drama “Hot Stove League” meskipun kita sudah menginjak ke dalam tahun 2022.
Artikel Berkaitan
Bahkan individu yang tak boleh lepaskan lagi drama ini ialah Namgoong Min sendiri iaitu teraju utama drama SBS berkenaan. Ini kerana nama “Hot Stove League” telah disebut dalam drama “One Dollar Lawyer” yang ditayangkan baru-baru ini.
Dalam satu babak, watak Cheon Ji-hun (Namgoong Min) bertanya kepada Baek Ma-ri (Kim Ji-eun) mengenai siapa lagi orang dengan nama keluarga ‘Baek’. Kata wanita itu,
Baek Jong-won, Baek Ji-young dan Baek Yoon-sik. Baek Seung-soo!
Jawab Cheon Ji-hun mengenai nama itu,
Oh ada Baek Seung-soo juga. Awak tonton tak ‘Hot Stove League’? Best sangat tapi kenapa tiada musim kedua?
Kebetulan ini sangat mengujakan memandangkan kedua-dua drama itu ditayangkan di SBS untuk slot tayangan Jumaat-Sabtu. Bahkan drama “Hot Stove League” berjaya meraih rating sehingga 19% semasa tayangan hingga melayakkan Namgoong Min memenangi Anugerah Utama di ‘Anugerah Seni Baeksang’ pada tahun itu.

Pandai dorang selit!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




