Ikuti Kami:

Dalam 3 Episod Sahaja, ‘One Dollar Lawyer’ Capai Rating Lebih 12%

Dalam 3 Episod Sahaja, ‘One Dollar Lawyer’ Capai Rating Lebih 12%

Hebat betul drama “One Dollar Lawyer” yang baru ditayangkan pada minggu lalu!

Baru sahaja menayangkan 3 episod, drama SBS tersebut telah mencatatkan rating membanggakan iaitu 12.9%. Wow! Bukan itu sahaja, ianya meraih rating 13.5% di kawasan metropolitan dan titik tertinggi di angka 15.9%.

Dalam episod kali ini, Baek Ma-ri  (Kim Ji-eun) berusaha mencari jalan untuk membantu kliennya dengan bantuan Cheon Ji-hun (Namgoong Min). Malah wanita itu langsung tidak mengalah meskipun menghadapi perangai ‘masuk air’ bosnya yang mahu menguji tahap ketahanan sebagai seorang peguam.

sbs one dollar lawyer

Untuk pengetahuan, “One Dollar Lawyer” membawa kisah seorang peguam daif yang mempunyai kadar bayaran sebanyak 1,000 won sahaja dan adalah yang terbaik, melawan peguam kaya dan mahal.

Tahniah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...