Ikuti Kami:

Kisah Peguam ‘Masuk Air’, Episod Awal ‘One Dollar Lawyer’ Raih Rating Tinggi

Kisah Peguam ‘Masuk Air’, Episod Awal ‘One Dollar Lawyer’ Raih Rating Tinggi

Kalau ada Namgoong Min, mesti sesebuah drama itu akan mendapat sambutan hangat!

Sinopsis

“One Dollar Lawyer” membawa kisah seorang peguam daif yang mempunyai kadar bayaran sebanyak 1,000 won sahaja dan adalah yang terbaik, melawan peguam kaya dan mahal.

Keadilan buat yang ditindas

[Amaran SPOILER]

Meskipun hanya meminta bayaran sebanyak 1000 won sahaja, namun Cheon Ji-hun (Namgoong Min) sentiasa melakukan terbaik untuk memastikan anak guamnya menang setiap kali perbicaraan. Bahkan kehebatan lelaki itu dapat dilihat apabila dia berjaya membuktikan Myung-ho bukanlah seorang pencuri seperti yang dituduh dan meyakinkan hakim dan juri bahawa anak guamnya tidak bersalah.

sbs one dollar lawyer

Tidak mahu lagi mempunyai sebarang hubungan dengan Ji-hun, Baek Ma-ri (Kim Ji-eun) bagaimanapun terpaksa mengalah apabila datuknya menghantar dia ke firma guaman Baek dan terpaksa menghadap lelaki tersebut selama 2 bulan lamanya sebagai tempoh percubaan.

Bakal mewakili kes baru, seperti Ma-ri dan Ji-hun terpaksa mengenepikan ‘permusuhan’ mereka bagi memastikan keadilan buat anak guam mereka.

Rating tinggi

Pada awalnya mencatat rating sebanyak 8.2%, “One Dollar Lawyer” membuktikan kepopularitian dalam peminat K-Drama apabila berjaya meraih rating 8.5% untuk episod keduanya.

sbs one dollar lawyer

Seperti yang dijangka, Namgoong Min berjaya membawa watak ‘gila-gila’ sama seperti karakter di dalam drama “Manager Kim” suatu ketika dahulu. Malah Kim Ji-eun juga mampu membuktikan bakat lakonannya yang pelbagai apabila menghidupkan watak Baek Ma-ri yang mengada-ngada namun pintar. tak seperti watak yang pernah dibawanya sebelum ini.

Bagi yang belum menonton, boleh langgan Disney+ untuk menyaksikan “One Dollar Lawyer” tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...