Ikuti Kami:

Meski Rating 1% Sahaja, ‘Perfect Marriage Revenge’ Raih Hampir 300 Juta Tontonan Di TikTok

Meski Rating 1% Sahaja, ‘Perfect Marriage Revenge’ Raih Hampir 300 Juta Tontonan Di TikTok

Dengan kepopularitian K-Drama yang dicapai segenap pelosok, rating bukan lah kayu ukur yang bernas untuk membuktikan sama ada sesebuah naskhah itu diterima ramai.

Antara salah satu drama yang menjadi bualan peminat K-Drama kini ialah “Perfect Marriage Revenge” yang dibintangi Sung Hoon, Jung Yoo-min dan Jin Ji-hee. Meskipun tidak dapat mencapai rating 2% walaupun sudah bersiaran selama 6 episod kini, namun ia terbukti disukai ramai.

Bagi yang tidak mengetahui, “Perfect Marriage Revenge” membawa kisah Han Yi-joo yang kembali ke masa lalu selepas satu kemalangan maut apabila terbabas kerana terkejut kerana mengetahui dirinya dikhianati tunang dan keluarga angkat sendiri. Dengan misi untuk membalas dendam, wanita itu meminta bantuan CEO kaya iaitu Seo Do-guk untuk menjadikannya sebagai isteri.

perfect marriage revenge

Sejak dari awal tayangan, drama itu berterusan trending di pelbagai platform media sosial terutamanya TikTok. Bahkan peminat senantiasa memuat naik setiap keratan episod dengan pantas, seiring dengan waktu tayangan di Korea sekaligus membuktikan bahawa ramai yang ternanti-nanti sambungan drama itu pada saban minggu.

Dari analisis mendalam di platform itu, “Perfect Marriage Revenge” sudah mencapai hampir 270 juta tontonan kini dan ianya terus meningkat pada setiap hari.

Korang layan tak drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...