Ikuti Kami:

Meski Rating 0% Sepanjang Tayangan, Penonton Puji ‘Gaus Electronics’ Kelakar

Meski Rating 0% Sepanjang Tayangan, Penonton Puji ‘Gaus Electronics’ Kelakar

Rasanya macam sekejap masa berlalu, tiba-tiba “Gaus Electronics” sudah pun menamatkan siaran kelmarin.

Ditayangkan selama 12 episod, drama pejabat ini hanya mampu mencapai rating dalam lingkungan 0% sahaja sepanjang tayangannya. Malah catatan tertingginya dicapai ketika episod ke-7 iaitu 0.869% dengan rekod 0.455% sahaja untuk episod terakhirnya.

Meskipun mencapai rating kurang memberangsangkan, drama ini berjaya menjadi perbulan ramai peminat K-Drama secara antarabangsa dek kandungan yang kelakar dan di luar kotak. Walaupun tidak dipromosikan secara meluas, klip pendek siri seezn ini sering tular di serata laman komuniti dengan respon positif.

gaus electronics

Dalam pada itu, penonton turut memuji kedua-dua pelakon utamanya iaitu Kwak Dong-yeon dan Bae Hyun-sung yang berjaya melakonkan watak utama dengan baik meskipun terkenal sebagai pelakon sampingan sahaja sebelum ini.

Korang best tak layan drama ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...