Ikuti Kami:

Kisah Hidup & Cinta ‘Serabut’ Staf Pejabat, Episod Awal ‘Gaus Electronics’ Dipuji Kelakar

Kisah Hidup & Cinta ‘Serabut’ Staf Pejabat, Episod Awal ‘Gaus Electronics’ Dipuji Kelakar

Bukan senang nak cari K-Drama yang kelakar yang tak nampak dipaksa dan menghiburkan hati!

Terbaru, sebuah drama di platform penstriman Olleh TV iaitu “Gaus Electronics” telah meniti di bibir ramai peminat drama Korea. Ianya membawa kisah cinta dan persahabatan di antara pekerja di jabatan pemasaran syarikat perkakas rumah – Gaus Electronics.

[Amaran SPOILER]

Dalam episod awal ini, penonton di bawa melihat hubungan di antara Cha Na-rae (Go Sung-hee) yang terpaksa melayan karenah ‘masuk air’ pekerja di bawahnya iaitu Lee Sang-sik (Kwak Dong-yeon). Telatah mereka yang tidak sebulu semakin kelakar apabila mereka terus bertelagah di pejabat dan di rumah dek berjiran.

olleh tv gaus electronics

Bukan itu sahaja, kesemua staf di jabatan itu mempunyai perangai tersendiri termasuklah Baek Ma-tan (Bae Hyun-sung) dan Geon Kang-mi (Kang Min-ah) yang berkenalan dengan cara yang silap hingga membuatkan pertemuan semula mereka di jabatan itu membuatkan perkara menjdi kekok.

Melihat komen penonton, rata-rata memuji episod awal ini kerana plot yang menghiburkan selain ringan untuk tontonan semua.

Dalam pada itu, rating “Gaus Electronics” di saluran ENA mencapai 0.4% semasa tayangan episod keduanya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...