Ikuti Kami:

Meski Raih Rating Tinggi, ‘Under The Queen’s Umbrella’ Dikritik Dek Lakonan Watak Ini

Meski Raih Rating Tinggi, ‘Under The Queen’s Umbrella’ Dikritik Dek Lakonan Watak Ini

Siapa yang dah tak sabar untuk tonton episod seterusnya drama “Under the Queen’s Umbrella”?

Bagi yang belum tahu, “Under the Queen’s Umbrella” yang diterajui Kim Hye-soo, mengetengahkan sistem pendidikan pada zaman Dinasti Joseon dan turut diikuti dengan konflik membentuk seorang putera hebat dalam kalangan 5 putera dalam istana.

Ketika 2 episod yang disiarkan pada minggu lepas, drama tersebut telah berjaya mencapai rating tinggi, mencecah 9.1%.

Dalam episod tersebut, watak Kim Hye-soo sebagai Permaisuri Im Hwa-ryeong, dilihat bergelut apabila mengetahui kebenaran mengejutkan yang berlaku dalam keluarga diraja pada masa lalu, kepada rahsia maut Putera Gyeseong (Yoon Seon-ho), yang berpakaian seperti perempuan.

netflix the queen's umbrella

Apabila didesak ke dalam situasi di mana dia tidak boleh berundur, Hwa-reyong mendedahkan sebab mengapa dia perlu mendidik Putera Besar, menambah keterujaan penonton untuk perkembangan plot drama pada masa depan.

Khususnya, lakonan Kim Hye-soo dalam drama ini telah dipuji dek berjaya menggambarkan perasaan terdesak dan penuh dramatik sebagai manusia yang hampir rebah.

Bagaimanapun, penonton meluahkan rasa kesal dan kecewa mereka apabila watak putera raja muncul. Ada yang mengatakan bahawa pelakon yang memainkan watak Putera dalam drama itu kelihatan kaku dan ‘kayu’.

the queen's umbrella

Antara kritikan yang ditulis penonton:

Kim Hye-soo benar-benar berusaha keras untuk membawa drama ini tapi lakonan Putera..

 

Lakonan Putera Ui-seong teruk.

 

Mereka telah mensia-siakan bakat lakonan Kim Hye-soo.

Hmm siapa yang tonton drama ni, apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...