Akhirnya Kim Hye-soo kembali dengan drama baru di Netflix iaitu “Under The Queen’s Umbrella”.
Sinopsis
Drama ini mengetengahkan sistem pendidikan pada zaman Dinasti Joseon dan turut diikuti dengan konflik membentuk seorang putera hebat dalam kalangan 5 putera dalam istana.
Persaingan tegang antara isteri raja
[Amaran SPOILER]
Episod awal ini menyaksikan kesemua isteri raja mencuba yang terbaik untuk membentuk anak-anak lelaki mereka agar dapat menjadi putera raja terbaik. Terutamanya permaisuri Im Hwa-ryung (Kim Hye-soo) yang cuba memastikan anak-anak lelakinya mempunyai kesemua ciri-ciri anak pewaris di Istana.
Pun begitu, jalan ceritanya bukan mudah apabila putera yang sulung rupanya mempunyai penyakit darah beku dan disorokkan dari pengetahuan ramai sejak setahun lalu. Lebih mengejutkan apabila putera utama Gye-seong (Yoon Seon-ho) dalam diam menyimpan rahsia besar di mana dia ditangkap oleh Consort Go (Woo Jung-won) di mana dia suka berpakaian seperti wanita sekaligus meramalkan masalah baru buat Im Hwa-ryung.
Rating tinggi
Sudah dijangkakan, episod awal “Under The Queen’s Umbrella” berjaya meraih rating tinggi ketika episod pertamanya iaitu 7.6% sebelum meningkat naik ke 9.1% ketika episod kedua.
Kejayaan ini membuktikan penonton terpikat dengan plot awal drama saeguk (bersejarah) selain kagum melihat lakonan hebat Kim Hye-soo sebagai permaisuri Im Hwa-ryung.
Bagi yang belum menonton, saksikan dua episod awal “Under The Queen’s Umbrella” di Netflix kini.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.