Ikuti Kami:

Meski Raih Rating Tinggi, ‘Reborn Rich’ Dikritik Sebab Dua Kontroversi Ini

Meski Raih Rating Tinggi, ‘Reborn Rich’ Dikritik Sebab Dua Kontroversi Ini

Ada tak yang tengah seronok layan drama “Reborn Rich” sekarang?

Bagi yang belum tahu, “Reborn Rich” membawa kisah seorang setiausaha kepada keluarga kaya, yang dilahirkan semula sebagai anak lelaki bongsu dalam keluarga tersebut. Ianya diterajui pelakon hebat seperti Song Joong-ki, Shin Hyun-been, Lee Sung-min dan ramai lagi.

Meski berjaya raih rating 10% hanya dalam 3 episod, drama tersebut telah dikritik dek beberapa kontroversi.

Pertama, “Reborn Rich” telah menerima kecaman netizen antarabangsa selepas ramai yang percaya representasi negara Istanbul adalah tidak tepat.

https://twitter.com/bordeauxxx_/status/1593733064529698817?s=20&t=T9ZAyUP6yIF2vTpaOF6SlQ

Khususnya dalam satu video TikTok yang dikongsi, peminat percaya bahawa drama berkenaan menggambarkan Istabul sebagai negara yang tidak maju dan tidak selamat. Seorang peminat menjelaskan bahawa adegan di mana watak Song Joong-ki dipukul oleh kanak-kanak dan diejek, memberikan stereotaip yang tidak realistik. Menurutnya,

Orang Turki adalah salah satu daripada orang yang paling suka bergaul dan mesra yang pernah anda temui. Jika mereka melihat seseorang pengsan, mereka pasti akan membantu.

Bukan itu sahaja, ada juga yang menegaskan bahawa drama itu menggambarkan Turki sebagai negara Arab, tetapi ia sebenarnya adalah sebahagian dari Eurasia.

song joongki

Kedua, ada sesetengah penonton “Reborn Rich” turut meluahkan rasa tidak selesa dengan filter berlebihan yang diletakkan pada muka Song Joong-ki, ketika dia membawa wataknya dalam umur 20-an. Namun, ada penonton lain yang mempertahankan Song Joong-ki dengan berkata,

Saya melihatnya sebagai filter yang biasanya digunakan untuk babak imbas kembali.

Hmm..apa pula pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...