Ikuti Kami:

Meski Popular, Penonton Mengadu SBS Sengaja Sabotaj ‘One Dollar Lawyer’

Meski Popular, Penonton Mengadu SBS Sengaja Sabotaj ‘One Dollar Lawyer’

Tidak dinafikan bahawa “One Dollar Lawyer” merupakan antara K-Drama paling popular kini.

Walaupun popular dan disukai ramai, sepertinya ada sahaja halangan yang membuatkan penonton tak dapat menonton saban episod dengan tenang. Ini kerana SBS tidak semena-mena membatalkan tayangan episod ke-9 yang sepatutnya ditayangkan pada 21 Oktober lalu.

Selepas itu, siaran drama pada Jumaat pula dibatalkan selama 3 minggu berturut-turut dari 28 Oktober hingga 4 November tanpa sebab munasabah. Kalau dikira, “One Dollar Lawyer” hanya menayangkan satu episod seminggu selama 4 kali berturut-turut.

sbs one dollar lawyer

Lagi pula, drama ini yang sepatutnya berakhir dengan 14 episod membuat keputusan secara tiba-tiba untuk menayangkan 12 episod sahaja hingga menimbulkan persoalan ramai.

Dalam pada itu, “One Dollar Lawyer” turut dikritik ramai dek pengiklanan yang melampau. Dari iklan kopi, ayam rebus, suplemen kesihatan dan lain-lain hingga membuatkan penonton tidak selesa.

Komen penonton,

Seronok ke banyak kali batal SBS? Saya tak faham mengapa ini terjadi.

 

Kenapa awak buat begini pada drama yang tinggi ratingnya?

 

Drama ini sepatutnya boleh baik lagi.

 

Adakah awak membatalkan tayangan untuk menambah lebih banyak iklan?

 

Ruginya pelakon ini..

Hmmm…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...