Ikuti Kami:

Patut Ada 14 Episod, ‘One Dollar Lawyer’ Akan Tamat Dengan 12 Episod Sahaja Atas Sebab Ini

Patut Ada 14 Episod, ‘One Dollar Lawyer’ Akan Tamat Dengan 12 Episod Sahaja Atas Sebab Ini

8 episod sudah bersiaran, drama “One Dollar Lawyer” nampaknya akan melabuhkan tirainya tak lama lagi.

Bagi yang belum tahu, “One Dollar Lawyer” membawa kisah seorang peguam daif yang mempunyai kadar bayaran sebanyak 1,000 won sahaja dan adalah yang terbaik, melawan peguam kaya dan mahal. Ianya dibintangi pelakon seperti Namgoong Min, Kim Ji-eun, Choi Dae-hoon, Lee Deok-hwa dan ramai lagi.

Sebelum ini, drama tersebut telah dijadualkan untuk mempunyai 14 episod namun, akan berakhir dengan 12 episod sahaja atas sebab tertentu.

one dollar lawyer

Pada 21 Oktober, seorang wakil produksi “One Dollar Lawyer” mengumumkan,

Memang benar kami mempunyai 14 episod pada awalnya, tetapi kami memutuskan untuk menamatkan dengan 12 episod untuk pembangunan pantas dan berkualiti tinggi.

Bukan itu sahaja, “One Dollar Lawyer” akan bersiaran seperti biasa pada hari Jumaat dan Sabtu minggu ini, tetapi akan bersiaran hanya sekali pada minggu depan iaitu pada 29 Oktober, disebabkan siaran pasca musim besbol profesional.

Ala tinggal lagi 4 episod je la..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...