Ikuti Kami:

Meski Popular, 8 Pelakon Korea Ini Sudi Berlakon Tanpa Terima Sebarang Bayaran!

Meski Popular, 8 Pelakon Korea Ini Sudi Berlakon Tanpa Terima Sebarang Bayaran!

Bukan sahaja popular malahan, pelakon Korea ini juga mempunyai hati yang baik.

Dalam artikel kali ini, Kimchi Daily ingin berkongsi 8 pelakon yang sudi membuat penampilan dalam drama atau filem, tanpa menerima sebarang bayaran.

Haaa macam tak percaya kan? Kalau korang nak tahu siapa pelakon tersebut dan naskhah mana dibintanginya, jom lihat senarai di bawah!

1. Hyun Bin

Pada 2011, Hyun Bin telah muncul dalam filem “Come Rain, Come Shine” tanpa menerima sebarang wang untuk penampilannya. Pelakon itu dilaporkan bahawa dia menerimanya dengan rela dek jatuh cinta dengan skrip naskhah berkenaan.

2. Lee Jongsuk

Mempunyai hubungan yang baik dengan pengarah, Lee Jong-suk telah menawarkan diri secara percuma untuk memainkan watak utama lelaki dalam drama 2018 “Hymn of Death”, yang diilhamkan dari sejarah berdasarkan peristiwa sebenar.

3. Lee Sunjae

Terharu dengan skrip yang amat menyentuh hati, Lee Sun-jae juga adalah antara pelakon yang sudi untuk muncul secara percuma dalam filem “Stand By Me”, yang ditayangkan pada 2018.

4. Jang Hyuk

Pada 2009, Jang Hyuk telah muncul dalam filem “Maybe”, di mana dia bukan sahaja menolak bayaran malahan, turut membayar sendiri jurusolek, alat peraga dan penggayaan untuk penampilannya dalam naskhah berkenaan. Dikatakan bahawa pelakon itu sanggup melakukan semua itu kerana filem tersebut yang mempunyai kekurangan bajet.

5. Song Joongki

song joongki

Pada Oktober lepas, Song Joong-ki telah memutuskan untuk terajui filem “Hwaran” tanpa menerima sebarang bayaran. Pelakon itu dikatakan bahawa dia ingin menyokong kualiti artistik naskhah berkenaan.

6. Ahn Sungki

Bukan sahaja tidak menerima bayaran malahan, Ahn Sung-ki turut mengupah dan membayar jurusolek untuk produksi “In the Name of the Son”. Tindakan beliau ini telah mendapat perhatian dan kekaguman dari orang ramai.

7. Cho Seungwoo

Pada 2013, Cho Seung-woo telah membintangi filem “Lee Sang That Lee Sang” tanpa memperoleh sebarang bayaran. Membawa watak sebagai seorang penyair yang bercita-cita tinggi, diketahui bahawa Cho Seung-woo memutuskan untuk terlibat dalam filem itu dek janji yang dibuatnya dengan pengarah naskhah berkenaan iaitu Choi Jung-kyu.

8. Jung Haein

https://www.youtube.com/watch?v=sICTE1qz5Fg

Pada 2021, Jung Hae-in telah bersetuju untuk membintangi siri “Unframed” dalam episod “Blue Happiness” secara percuma. Untuk pengetahuan, episod berkenaan ditulis dan diarahkan oleh pelakon Lee Je-hoon dan Jung Hae-in memilih untuk tidak menerima bayaran bagi menyokong rakannya.

Baik kan mereka?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...