Ikuti Kami:

Meski Popular, 7 Pelakon Ini Jarang Pegang Watak Utama Dalam K-Drama

Meski Popular, 7 Pelakon Ini Jarang Pegang Watak Utama Dalam K-Drama

Meskipun sudah lama berada dalam industri lakonan namun, beberapa pelakon ini jarang memainkan watak utama dalam sebuah drama.

Bagi peminat setia K-Drama, korang mesti kenal dengan pelakon seperti Kwak Dong-yeon dan Lee Soo-hyuk, kan?

Kalau korang nak tahu, meskipun popular, mereka berdua dan beberapa lagi pelakon lain, jarang dilihat memainkan watak utama dalam sebuah drama. Agak-agaknya kenapa eh?

LEE SOOHYUK

lee soohyuk

Pertama sekali adalah Lee Soo-hyuk. Lee Soo-hyuk telah membuat debutnya sebagai pelakon pada 2010 menerusi filem “The Boy From Ipanema” dan muncul dalam pelbagai drama popular seperti “Tomorrow”, “Doom at Your Service” dan banyak lagi. Bagaimanapun, ramai penonton berharap agar pelakon itu akan terlibat dengan lebih banyak drama sebagai watak utama pada masa hadapan, dek lakonannya yang memuaskan.

AHN SOHEE

ahn sohee

Seterusnya adalah Ahn So-hee. Bagi yang belum tahu, Ahn So-hee merupakan bekas ahli WONDER GIRLS, dan lebih aktif sebagai pelakon kini. Sudah membintangi lebih daripada 5 drama, pelakon dan penyanyi itu nampaknya jarang menemui penonton sebagai watak utama meskipun mempunyai bakat lakonan yang meyakinkan.

LEE KWANGSOO

lee kwangsoo

Sebut saja nama Lee Kwang-soo, pasti ramai yang lebih mengenalinya sebagai seorang penghibur kan? Kalau anda nak tahu, Lee Kwang-soo juga merupakan seorang pelakon yang pernah membintangi banyak drama seperti “City Hunter”, “The Sound of Your Heart” dan pelbagai lagi. Bagaimanapun, peminat kurang dapat melihat selebriti itu memainkan watak utama dalam sebuah drama. Dengan personaliti dan lakonannya yang mencuit hati, Lee Kwang-soo sememangnya layak untuk lebih banyak lagi memegang watak utama.

KWAK DONGYEON

kwak dongyeon

Bagi siapa yang sedang menonton drama “Gaus Electronics” kini, pastinya akan kenal dengan pelakon bernama Kwak Dong-yeon. Penonton nampaknya seronok melihat Kwak Dong-yeon memainkan watak utama dalam drama tersebut, memandangkan dia sering menemui penonton sebagai watak sampingan seperti dalam “Big Mouth”, “Vincenzo” dan banyak lagi.

YURA GIRLS’ DAY

girls day yura

Meraih populariti menerusi bekas kumpulannya iaitu GIRLS’ DAY, Yura juga merupakan pelakon yang pernah muncul dalam banyak drama. Namun begitu, selebriti itu hanya pernah sekali sahaja memegang watak utama iaitu dalam drama “School of Hip Hop” yang ditayangkan pada 2017 dahulu.

HWANG INYOUP

hwang inyoup

Semakin dikenali menerusi drama “True Beauty”, peminat pastinya ingin melihat Hwang In-youp dalam lebih banyak projek drama lagi pada masa hadapan, kan? Meskipun dia tidak memegang watak utama dalam siri berkenaan namun, Hwang In-youp nampaknya telah berjaya menarik perhatian penonton dek auranya yang luar biasa. Selepas ini, harapnya Hwang In-youp akan lebih banyak lagi menemui penonton sebagai bintang utama dalam drama!

KIM SEULGI

kim seulgi

Kim Seul-gi yang pernah membintangi siri popular seperti “Oh My Ghost”, “Love in the Moonlight” dan banyak lagi, juga adalah pelakon yang banyak membuat kemunculan dalam sebuah drama namun, jarang-jarang dapat memegang watak utama. Dengan lakonannya yang memuaskan, pelakon itu layak untuk dapat menjadi fokus utama dalam sebuah drama.

Siapa lagi pelakon yang korang rasa layak dapat pegang watak utama?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...