Baru-baru ini pada 18 Oktober, acara 2022 BVLGARI Avrora Awards telah diadakan di Seoul.
Antara selebriti popular yang telah tampil di acara tersebut adalah seperti Lisa BLACKPINK, Lee Min-jung, Moon-bin ASTRO, Lee Soo-hyuk, Lee Yoo-mi, Hyomin dan ramai lagi.
Khususnya, penampilan Lisa sebagai duta global untuk BVLGARI telah menarik perhatian, dengan gaun putihnya bak bidadari serta rambut panjang hitam. Cantik sangat!
LISA and Lee SooHyuk last night at @Bulgariofficial AVRORA AWARDS!#LISAxBvlgariSeoulpic.twitter.com/ULXI6k3quB
— LISANATIONS (@LISANATIONS_) October 18, 2022
Kemudian, idola itu turut dilihat berborak dan meluangkan masa bersama rakan agensinya iaitu Lee Soo-hyuk, dan ramai teruja melihat gabungan ‘visual’ mereka yang luar biasa.
Antara komen peminat selepas melihat interaksi Lisa bersama Lee Soo-hyuk:
Lee Soo-hyuk memang nampak macam pakcik yang meluangkan masa untuk jaga anak saudaranya 😂
Lisa dan Lee Soo-hyuk. Dua-dua ‘hot’ sangat.
Lisa nampak selesa berborak dengan Lee Soo-hyuk. Nampaknya, mereka berdua rapat.
Fuhh letop!