Ikuti Kami:

Meski Plot Mengujakan, Rating ‘Twinkling Watermelon’ Turun Naik

Meski Plot Mengujakan, Rating ‘Twinkling Watermelon’ Turun Naik

Adakah “Twinkling Watermelon” menjadi K-Drama pilihan ramai kini?

Menurut Nielsen Korea, syarikat penyelidikan rating, drama berkenaan telah meraih rating 3.7% untuk episod ke-5. Pun begitu, ia menurun sedikit dari catatan 4.7% yang direkodkan ketika episod sebelumnya.

Pun begitu, “Twinkling Watermelon” meraih catatan 4.4% di kawasan metropolitan lantas menduduki tangga pertama untuk slot tayangan berkenaan di saluran kabel dan komprehensif.

twinkling watermelon

Dalam episod ini, Eun-gyeol (Ryeo-un) memulakan misi untuk menghentikan ayahnya Lee Chan (Choi Hyun-wook) dari terlibat dengan kemalangan ketika siaran langsung TV pada 1995. Secara tiba-tiba, dia terpalit dengan kehidupan Se-kyung (Seol In-ah) yang baru sahaja pulang ke Korea dari belajar di luar negara.

Drama ini membawa kisah seorang pelajar yang berbakat dalam muzik kembali ke tahun 1995 dan menyertai band bersama ayahnya ketika remaja.

Best tak drama ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...