Ikuti Kami:

Merokok Merata Sambil Intim Dengan Wanita Misteri, Netizen Selar Choi Hyunwook

Merokok Merata Sambil Intim Dengan Wanita Misteri, Netizen Selar Choi Hyunwook

Sedang popular kini, tiba-tiba nama Choi Hyun-wook dikaitkan dengan satu kontroversi yang kurang baik.

Terbaru, satu klip telah tular di mana dapat dilihat dengan jelas Choi Hyun-wook menghisap rokok di tepi jalan sambil memegang tangan seorang wanita. Dari video itu, khabarnya kejadian tersebut dirakam di sekitar kejiranan Gangnam.

Walaupun hanya menyarungkan T-shirt tanpa lengan biasa dan berseluar pendek namun rata-rata netizen dapat mengecam identiti pelakon itu dengan sekilas pandang.

choi hyunwook

Memang benar perbuatan merokok terletak pada diri masing-masing namun ada yang menyelar Choi Hyun-wook kerana tidak mematuhi peraturan di tempat awam untuk tidak merokok di tempat yang tak sepatutnya.

Selepas hal itu tular, pelakon tersebut tanpa berlengah memuat naik permohonan maaf buat peminat dan yang lain. Malah dia turut meminta maaf pada rakan pelakon dan staf “Twinkling Watermelon” kerana mungkin menyusahkan mereka dek isu ini,

Walaupun saya sepatutnya mendekati setiap saat dengan rasa tanggungjawab, saya mengecewakan ramai dengan sikap tidak acuh sendiri. Saya dengan rendah diri menerima kritikan dan nasihat yang dilemparkan, dan saya akan muhasabah diri dan menampilkan sisi yang lebih matang selepas ini.

Hmmm…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...