Ikuti Kami:

Meski Plot Dipuji, ‘The Atypical Family’ Catat Rating Rendah

Meski Plot Dipuji, ‘The Atypical Family’ Catat Rating Rendah

Bukan mudah K-Drama nak dapat rating tinggi sekarang ini.

Terbaru, JTBC menyiarkan “The Atypical Family” di mana ia mengisahkan satu keluarga yang kehilangan kuasa luar biasa selepas dijangkiti penyakit dan kehidupan mereka berubah selepas berkenalan dengan Do Da-hae.

Untuk episod awal ini, mereka memperkenalkan watak Bok Gwi-joo (Jang Ki-young) yang mengalami depresi dek kematian isteri dan cuba dijodohkan dengan Do Da-hae di mana dia merupakan seorang wanita yang sudah dua kali bercerai kerana kematian suami dan didera.

the atypical family

Walaupun menerima pujian ramai dek plot yang hebat dan padat tapi drama ini hanya mampu meraih rating biasa berbanding drama lain iaitu 3.2% dan 2.9% sahaja.

Pun begitu, ramai menjangkakan kenaikan rating pada episod akan datang “The Atypical Family”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Joy News 24

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.