Ikuti Kami:

Meski Pelakon Hebat, K-Drama Ini Dikritik & Raih Rating Rendah Dek ‘Pelakon Wanita Terlalu Cantik’

Meski Pelakon Hebat, K-Drama Ini Dikritik & Raih Rating Rendah Dek ‘Pelakon Wanita Terlalu Cantik’

Walaupun dibarisi pelakon hebat, tak semestinya sesebuah K-Drama itu tidak terlepas dari menerima kritikan penonton.

“Captivating The King” yang baru sahaja beberapa episod bersiaran, telah pun dibanjiri dengan komen negatif penonton. Drama ini membawa kisah seorang raja Yi In yang tiada penyokong di sisi dan diambang bahaya telah jatuh cinta dengan gadis yang mahu membalas dendam ke atasnya.

Kritikan mula diberikan kepada drama ini apabila ramai yang tidak yakin dengan watak yang dilakonkan oleh Shin Se-kyung iaitu Kang Hee-soo. Digambarkan sebagai anak Penasihat Ketua Kerajaan, dia menyamar menjadi seorang lelaki bernama Kang Moo-woo dan menjelajah di sekitar kota sebagai pakar permainan baduk.

Kecam satu majalah pada awalnya,

Wajah Shin Se Kyung, bersinar walaupun menyamar sebagai lelaki. Terlalu cantik untuk meyakinkan penonton, walaupun dengan ruang fleksibiliti memandangkan ia adalah K-Drama. Dari kulit licinnya hingga alis yang terbentuk sempurna, dan sinar bibir merah muda, tidak ada yang maskulin tentang watak yang sepatutnya memperdaya orang untuk percaya bahawa dia seorang lelaki.

shin sekyung captivating the king

Kata penonton lain,

Saya tak percaya langsung yang dia seorang lelaki.

 

Sejujurnya, solekannya terlalu berlebihan.

 

Sebenarnya, hanya Yoon Eun-hye yang berjaya membawa watak lelaki dengan baik dalam ‘Coffee Prince’.

 

Dari foto sahaja, dapat dilihat yang solekan dia terlalu feminin.

 

Tapi apa sahaja yang boleh pelakon itu lakukan kalau dah pengarah pun cakap okay.

Dalam pada itu, “Captivating The King” hanya mampu meraih rating dalam lingkungan 3% sagaha setakat ini lantas memberikan hasil yang agak mengecewakan meskipun dikemudi oleh pelakon hebat iaitu Jo Jung-suk.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...