Utama Celebrity News Dituduh Curang Dengan Pemain Golf Wanita, Agensi Jo Jungsuk Beri Respon

Dituduh Curang Dengan Pemain Golf Wanita, Agensi Jo Jungsuk Beri Respon

jo jungsuk gummy

Selepas Rain, nampaknya terdapat nama yang lain yang dikaitkan dengan kes curang seorang selebriti terkenal dengan pemain golf wanita.

Tak lama kemudian, nama Jo Jung-suk pula tersebar sebagai bintang popular yang dikaitkan itu. Walau bagaimanapun, respon agensinya,

Kami telah mengesahkan bahawa khabar angin palsu Jo Jung-suk bermain cinta dengan seorang pemain golf telah tersebar secara luas di serata lama komuniti dan media sosial.

jo jungsuk

Tambah agensi itu, Jo Jung-suk tiada hubungan dengan mana-mana pemain golf wanita atau pertemuan semuka dengan sesiapa pun. Dalam pada itu, mereka bertegas akan mengambil tindakan undang-undang yang tegas bagi pihak pelakon lelaki tersebut.

Terdahulu, Jo Jung-suk berkahwin dengan penyanyi Gummy pada tahun 2018 dan menimang cahaya mata pertama pada 2021.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

SUMBERMy Daily
Loading...