Ikuti Kami:

Meski ‘Money Heist – Joint Economic Area’ Dikritik, Ini Dua Pelakon Terima Pujian Penonton

Meski ‘Money Heist – Joint Economic Area’ Dikritik, Ini Dua Pelakon Terima Pujian Penonton

Sudah beberapa hari tayangan, “Money Heist – Joint Economic Area” kekal di tangga ke-3 dalam ranking global Netflix.

Meskipun dipromosi dengan hebat sebelum tayangannya namun siri ini menerima respon positif-negatif dari penonton. Kata mereka, versi Korea ini tidak dapat menandingi versi Sepanyol iaitu “Le Casa De Papel” selain latar belakangnya yang kurang menarik.

Bukan itu sahaja, ada yang mempersoalkan kualiti lakonan beberapa pelakon yang dikatakan kurang padan dengan watak yang dibawa mereka.

netflix money heist - joint economic area

Pun begitu, dua nama ini menerima pujian ramai kerana bakat lakonan yang memuaskan hingga menjadi bualan di sebuah laman komunit di Korea. Mereka ialah watak Berlin, lakonan Park Hae-soo dan Monica Gaztambide, lakonan Lee Joo-bin.

netflix money heist - joint economic area

Kata penonton,

Apabila penghayatan saya hampir hilang, Park Hae-soo datang dan mengembalikannya semula.

 

Dia sangat seksi.

 

Lakonan Park Hae-soo sangat baik.

 

Lee Joo-bin bukan sahaja cantik tapi pandai berlakon.

 

Pasangan Denver dan Mi-sun gila betul.

 

Oh dia muncul dalam ‘Be Melodramatic’. Dalam itu pun, lakonannya sangat baik.

Best tak drama ni korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...