Ikuti Kami:

Meski Jang Kiyong & Song Hyekyo Dipuji Serasi, Netizen Ulas Kelemahan ‘Now, We Are Breaking Up’

Meski Jang Kiyong & Song Hyekyo Dipuji Serasi, Netizen Ulas Kelemahan ‘Now, We Are Breaking Up’

Baru dua episod ditayangkan, namun “Now, We Are Breaking Up” sudah pun meniti di bibir ramai peminat K-Drama.

Walaupun berbeza usia hampir 11 tahun, namun visual Song Hye-kyo dan Jang Ki-yong nampak sepadan sehingga drama berkenaan nampak seperti photoshoot majalah. Nampak classy sangat!

Klisé  dan tidak realistik

Tapi sepertinya lebih banyak aspek lain yang menerima kritikan penonton seperti lakonan, pengarahan, realisme yang mampu diagak lantas tidak mencapai jangkaan semua yang sudah lama menunggu.

Seperti drama romantik lain, “Now, We Are Breaking Up” menampilkan plot klisé daripada awal tayangan yang sudah biasa dilihat sebelum ini. Antaranya ialah pertemuan ditakdirkan antara Ha Young-eun (Song Hye-kyo) dan Yoon Jae-guk (Jang Ki-yong) dan apabila wanita itu berada di dalam krisis, pastinya lelaki tersebut akan muncul sebagai penyelamat.

sbs now we are breaking up

Dalam pada itu, babak melibatkan dunia fesyen yang ditampilkan juga tidak nampak ‘real’ seperti yang berlaku di dunia nyata. Selain daripada ‘runway’ yang nampak tidak sofistikated selain situasi yang tidak realistik. Katanya, ianya tidak menggambarkan industri fesyen yang sebenar.

Lakonan ‘kurang’

Walaupun sudah berlakon selama berbelas tahun namun kemahiran lakonan Song Hye-kyo terus dipersoalkan. Tidak dinafikan memiliki wajah yang sempurna dan menawan, namun gaya lakonan dan intonasi suara yang ditonjolkan kekal statik dan tiada beza seperti yang ditunjukkan dalam “Encounter”, “Descendants Of The Sun” dan “That Winter, The Wind Blows”. Menurut komen, wanita itu sepertinya membaca ayat di dalam buku teks Korea dan kelihatan kekok.

sbs now we are breaking up

Walaubagaimanapun, Jang Ki-yong menerima pujian atas lakonannya yang berjaya menghidupkan personliti Yoon Jae-kook dengan intonasi suara yang rendah dan ekspresi wajah yang relaks. Namun ramai yang meluahkan bahawa ianya masih lagi boleh diperbaiki.

Rating memuaskan

Jikalau dibandingkan dengan drama lain yang pernah ditayangkan dalam slot yang sama iaitu “One The Woman” dan “The Penthouse”, “Now, We Are Breaking Up” meraih rating yang agak memuaskan untuk episod awalnya iaitu 6.4% dan 8.0%.

sbs now we are breaking up

Dengan ending yang tergantung pada episod kedua selain pelbagai persoalan yang timbul mengenai hubungan berbelit antara Ha Young-eun dan Yoon Jae-kook, rasanya ramai yang akan terus melekat di hadapan televisyen bagi menyaksikan episod akan datang drama ini. Jadi, berkemungkinan besar ratingnya akan menunjukkan peningkatan nanti.

Apa pula pandangan korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...