Ikuti Kami:

Bermula Konflik, Episod Awal ‘Now, We Are Breaking Up’ Catat Rating Baik

Bermula Konflik, Episod Awal ‘Now, We Are Breaking Up’ Catat Rating Baik

Setelah lama menanti, akhirnya Song He-kyo kembali ke dalam dunia K-Drama dengan “Now, We Are Breaking Up” bersama Jang Ki-yong.

Sinopsis

Ia menceritakan kisah Ha Young-eun (Song Hye-kyo) iaitu seorang pengurus bagi pasukan pereka di sebuah syarikat fesyen. Watak tersebut digambarkan sebagai seorang yang realistik dan dingin namun bijak serta mementingkan keselamatan berbanding benda lain. Meskipun sudah berusia 38 tahun, Ha Young-eun terkenal kerana sentiasa menjaga badannya dan mengikuti trend semasa bagi mengekalkan awet muda selain rupa yang menawan. Wanita ini juga sangat teliti dalam mendapatkan ganjaran daripada kerjanya sendiri dan tidak mempunyai masa untuk menangis kerana lelaki.

sbs now we are breaking up

Permulaan konflik

[Amaran SPOILER]

Episod awal ini nyata menyeronokkan kerana latar belakang dunia fesyen yang dibawanya. Teruja melihat bagaimana industri ini berjalan selain ianya dikemudi oleh wanita hebat seperti Ha Youn-eun, yang mungkin bakal menjadi girl crush baru dalam dunia K-Drama.

Kelainan yang “Now, We Are Breaking Up” nyata baru buat penonton kerana mereka mengupas konflik antara dua teraju utama dalam dua episod awalnya. Biasanya bermula perlahan, penonton terus disajikan dengan komplikasi hubungan Ha Young-eun dan Yoon Jae-kook (Jang Ki-yong).

sbs now we are breaking up

Siapa sangka kedua mereka diikat dengan kisah lampau dengan abang Yoon Jae-kook iaitu Yoon Jae-hyuk (Shin Dong-wook) yang merupakan kekasih Ha Young-eun suatu ketika dahulu sebelum dia menemui ajal. Agaknya, bagaimana hubungan kedua mereka akan berkembang dan disatukan dalam episod akan datang?

Rating baik

Meraih rating 6.4% pada episod awalnya, “Now, We Are Breaking Up” menunjukkan prestasi yang baik apabila episod keduanya menunjukkan peningkatan rating kepada 8.0%. Mungkin plotnya mempunyai persamaan dengan beberapa K-Drama lain, namun penonton mengakui keserasian Song Hye-kyo dan Jang Ki-yong di dalam episod awal ini. Malah kesemuanya teruja apabila konflik hubungan kedua mereka didedahkan pada permulaan lantas dinamik dan perubahan emosi mereka akan dionjolkan sepanjang 14 episod lagi.

Cuba beri komen sikit untuk dua episod awal ini, best tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...