Korang dah layan ke drama baru yang diterajui Byeon Woo-seok dan Kim Hye-yoon iaitu “Lovely Runner”?

“Lovely Runner” mengisahkan tentang seorang gadis bernama Im Sol yang kembali ke masa silam untuk menyelamatkan Ryu Sun-jae, seorang penyanyi idola yang ingin mengambil nyawanya sendiri.
Sebelum ini, drama itu telah terpalit kontroversi kerana didakwa mengeksploitasi kematian Jong-hyun SHINee. Hal ini kerana, tarikh tayangan drama tersebut sama dengan tanggal kematian idola berkenaan malahan turut memasukkan elemen dari kematian mendiang kerana dia juga meninggal dunia selepas mengambil keputusan ekstrem.
Namun begitu, pasukan produksi menjelaskan bahawa segala kebetulan adalah tidak disengajakan dan jadual siaran juga ditentukan mengikut urutan.

Terbaru untuk episod ke-3, “Lovely Runner” telah berjaya meraih rating tinggi setakat ini sehingga mencecah 3.4%. Ini sekaligus telah menunjukkan peningkatan sebanyak 0.7% dari episod sebelumnya.
Haa korang dah mula layan ke belum?