Ikuti Kami:

Tiada Tawaran Berlakon Dek Kes Pandu Mabuk, Kim Saeron Cari Duit Dengan Lakukan Pekerjaan ‘Ini’ Kini

Tiada Tawaran Berlakon Dek Kes Pandu Mabuk, Kim Saeron Cari Duit Dengan Lakukan Pekerjaan ‘Ini’ Kini

Selepas terpalit dengan kes memandu dalam keadaan mabuk, Kim Sae-ron nampaknya semakin kurang mendapat tawaran lakonan.

Bagi yang belum tahu, sebelum ini pada Mei 2022, Kim Sae-ron telah ditahan polis kerana memandu dalam keadaan mabuk dan melanggar pokok serta pagar beberapa kali di kawasan Persimpangan Hakdong di Seoul. Mengikut ujian darah yang dilakukan, wanita itu memang sah mengambil alkohol sebanyak 0.2% iaitu pada tahap pembatalan lesen.

Selepas diharamkan untuk muncul dalam saluran TV Korea seperti KBS, Kim Sae-ron kini sedang mencuba pekerjaan lain untuk mencari duit.

Menurut laporan media mengenai perkembangan terkini pelakon itu,

Kim Sae-ron sedang memberi pelajaran lakonan persendirian untuk pelakon baru di berhampiran rumahnya. Seorang pegawai agensi pengiklanan telah membantu Kim Sae-ron, yang pendapatannya telah berkurangan sejak awal tahun ini.

kim saeron

Sambung mereka,

Dia mengajar 4-5 orang termasuk pelakon sampingan dan pelakon yang bercita-cita tinggi. Dia juga ada mencipta group chat untuk membuat jadual pelajaran.

Bukan itu sahaja, Kim Sae-ron juga dikatakan sedang bermuhasabah diri atas kesilapan lalunya dan berazam untuk memulakan semula kerjaya lakonannya.

Selamat maju jaya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...