Ikuti Kami:

Meski Diterajui Pelakon Popular, ‘Island’ Kurang Terima Sambutan Dek Plot Membosankan?

Meski Diterajui Pelakon Popular, ‘Island’ Kurang Terima Sambutan Dek Plot Membosankan?

Ada tak yang tengah seronok tonton drama “Island” sekarang?

Untuk pengetahuan, “Island” yang diterajui Kim Nam-gil, Lee Da-hee dan Cha Eun-woo, membawa kisah beberapa individu melawan kejahatan yang mahu menghancurkan dunia. Berdasarkan dari cerita yang segar dan tidak pernah dilihat di tempat lain, ianya akan memaparkan legenda dan kisah dongeng di Jeju dalam intepretasi moden.

Drama “Island” telah mula ditayangkan pada 30 Disember yang lalu, sama dengan tayangan perdana untuk siri Netflix “The Glory”.

Bagaimanapun, tidak seperti “The Glory”, drama “Island” nampaknya kurang menarik perhatian penonton dek episod awalnya hanya mengandungi naratif yang menceritakan apa yang berlaku. Tambahan dalam episod 1, babak Kim Nam-gil hanya muncul dalam kira-kira 5 minit sahaja.

tvn island

Selain itu, lakonan Lee Da-hee dalam drama ini dipercayai tidak jauh beza dengan karyanya sebelum ini. Sikapnya sebagai pewaris keluarga chaebol adalah serupa dengan apa yang dilihat penonton seperti dalam “The Beauty Inside” dan “Search: WWW”. Bahkan, ekspresinya juga kelihatan sama dalam “Island”.

Apa pendapat korang yang dah tonton drama ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...