Ikuti Kami:

Drama Pertama Selepas Jadi Bapa, Choi Taejoon Akan Buat Penampilan Istimewa Dalam ‘Island’

Drama Pertama Selepas Jadi Bapa, Choi Taejoon Akan Buat Penampilan Istimewa Dalam ‘Island’

Selepas menjadi bapa, Choi Tae-joon akan menemui penonton buat kali pertama menerusi drama “Island”.

Untuk pengetahuan, “Island” yang diterajui Kim Nam-gil, Lee Da-hee dan Cha Eun-woo, membawa kisah beberapa individu melawan kejahatan yang mahu menghancurkan dunia. Berdasarkan dari cerita yang segar dan tidak pernah dilihat di tempat lain, ianya akan memaparkan legenda dan kisah dongeng di Jeju dalam intepretasi moden.

Terbaru, Choi Tae-joon dilapor turut akan muncul dalam drama “Island”. Tidak lama kemudian, TVING mengumumkan,

Choi Tae-joon akan membuat penampilan istimewa dalam ‘Island’.

choi taejoon

Bagaimanapun, watak Choi Tae-joon dalam drama tersebut masih belum didedahkan lagi setakat ini.

Sama-sama kita nantikan “Island” akan mula ditayangkan pada 30 Disember ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...