Baru 2 episod tayangan, namun sudah pelbagai kritikan dilemparkan buat siri Disney+ “The Impossible Heir”.
Ianya diterajui oleh Lee Jae-wook, Lee Jun-young dan Hong Su-zu di mana ia membawa kisah seorang lelaki yang cuba merebut harta keluarga sebenarnya yang kaya dengan bantuan rakan baiknya.
Drama telah mula ditayangkan tetapi reaksi penonton agak bercampur-baur. Sementara masih lagi disebut ramai dek berita menjalinkan hubungan romantik bersama Karina aespa kini, Lee Jae-wook turut dilanda isu lain di mana dia dikatakan bakal menamatkan kontrak dengan agensinya. Dengan kata lain, berita drama terbaru Lee Jae-wook ini ‘tenggelam’ berbanding berita mengenai kehidupan peribadinya.
Bukan itu sahaja, isu lakonan Hong Su-zu turut menjadi bualan semua orang. Khabarnya, semua tidak bersetuju dengan plot di mana wanita itu masuk campur dengan hubungan baik watak Lee Jae-wook dan Lee Jun-young hingga mereka bermusuh akhirnya. Bahkan ekspresi ‘kayu’ Hong Su-zu dan bakat lakonan yang malap menyebabkan penonton tidak berminat untuk menyambung menonton episod seterusnya.
Mungkin masih terlalu awal untuk menghukum, mungkin episod akan datang “The Impossible Heir” akan mencapai momentum yang lebih baik.
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.