Susah apabila ada sahaja yang tak puas hati dengan pengumuman hubungan cinta antara Lee Jae-wook dan Karina aespa.
Baru-baru ini, satu khabar angin telah bertiup kencang di serata laman komuniti dan media sosial mengenai pelakon lelaki itu yang dikatakan sebenarnya bercinta dengan seorang pelakon wanita popular selama setahun sebelum ini sebelum menamatkan hubungan sekitar Disember lalu.
Kemudian, dia didedahkan bercinta dengan Karina bermula Januari sehingga menyebabkan timbul spekulasi sama ada lelaki berkenaan ‘move on’ dari cinta sebelumnya terlalu laju ke pasangan baru.
Oleh kerana gosip yang terus meliar, agensi Lee Jae-wook iaitu C-Jes Studio telah mengeluarkan kenyataan rasmi,
Susulan dari pengumuman artikel mengenai kehidupan peribadi Lee Jae-wook, kami mengesahkan bahawa terdapat entri yang menghina dengan niat buruk, termasuk tuduhan tak berasas dan tidak benar mengenai pelakon itu.
Kami ingin mengesahkan yang terdapat pelanggaran hal peribadi yang serius dan kami akan mengambil tindakan undang-undang sivil menerusi wakil guaman.
Kami sentiasa memerhati di atas talian. Peminat digalakkan melaporkan sebarang kes jahat kepada eme; kami yang akan digunakan untuk tujuan perundangan.
Kenapa lah dengki sangat dengan Lee Jae-wook dan Karina..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.