Ikuti Kami:

Meski Diterajui Jung Woosung, Rating ‘Tell Me That You Love Me’ Kekal 1% Sahaja

Meski Diterajui Jung Woosung, Rating ‘Tell Me That You Love Me’ Kekal 1% Sahaja

Bukan mudah mana-mana K-Drama nak mencapai rating tinggi sekarang ini.

Antara drama yang baru disiarkan dan menerima respon ramai sebelum ke udara ialah “Tell Me That You Love Me” di mana ia membawa kisah seorang yang mengalami masalah pendengaran dan seorang pelukis yang mahu mencapai impiannya berkenalan.

Membawa genre melodrama, naskhah lakonan Jung Woo-sung dan Shin Hyun-bin itu hanya mampu berpuas hati dengan rating lingkungan 1% sahaja setakat ini.

jung woosung shin hyunbin

Malah walaupun ‘menjual’ nama Jung Woo-sung sebagai teraju utama tetapi “Tell Me That You Love Me” gagal untuk mengekalkan konsentrasi ramai yang memberikan perhatian ketika produksinya pertama kali diumumkan.

Walau bagaimanapun, episod terbarunya mencapai rating 1.989% iaitu satu angka yang baik dan mungkin menyaksikan trend meningkat untuk episod-episod akan datang.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...