Ikuti Kami:

Meski Dijemput, Daniel Henney Dedah Sebab Tak Hadiri Majlis Perkahwinan Hyun Bin

Meski Dijemput, Daniel Henney Dedah Sebab Tak Hadiri Majlis Perkahwinan Hyun Bin

Sudah muncul dalam 2 naskhah bersama, persahabatan antara Hyun Bin dan Daniel Henney nampaknya semakin akrab kini.

Pada siaran 10 September program MBC “The Manager”, Daniel Henney telah muncul sebagai tetamu bagi mendedahkan kehidupannya ketika penggambaran filem “Confidential Assignment 2”.

Dalam siaran tersebut, Daniel Henney berkongsi bahawa dia kembali bersatu dengan Hyun Bin untuk filem tersebut, selepas drama “My Name is Kim Sam-soon” pada 2005. Dia mengulas,

Saya hanya memeluknya ketika bertemu dengannya. Saya kembali ke hotel kerana saya tidak mempunyai jadual selepas penggambaran ‘Confidential Assignment 2’. Kami banyak bercakap tentang masa lalu sambil minum bir. Ianya sangat seronok.

daniel henney hyun bin

Kemudian, Daniel Henney turut menyatakan sebab dia tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan Hyun Bin bersama Son Ye-jin, meskipun dijemput. Jelasnya,

Saya telah dijemput ke majlis perkahwinan mereka, tetapi saya tidak dapat pergi kerana saya sedang menjalani penggambaran drama di Amerika Syarikat.

Sibuk betul Daniel Henney!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...