Ikuti Kami:

Meski Dibarisi Pelakon Terkenal, ‘Seoul Vibe’ Hanya No 8 Dalam Ranking Netflix Global

Meski Dibarisi Pelakon Terkenal, ‘Seoul Vibe’ Hanya No 8 Dalam Ranking Netflix Global

Selepas “Hellbound”, Yoo Ah-in kembali menyapa penonton Netflix dengan filem “Seoul Vibe”.

Meskipun dinantikan ramai kerana dibintangi oleh nama besar seperti Yoo Ah-in, Park Ju-hyun. Lee Kyu-hyung, Go Kyung-pyo, Ong Seong-woo, Moon So-ri dan ramai lagi, tapi filem ini gagal mendaki pencapaian yang pernah dicapai oleh filem Korea lain sebelum ini.

Setelah beberapa hari tayangan, filem arahan Moon Hyun-sung ini hanya mampu menduduki ke tangga ke-8 dalam raking Netflix Global kini.

netflix seoul vibe

Pun begitu, ia mendapat No 1 di beberapa negara seperti Korea Selatan, Taiwan, Vietnam, Indonesia, Thailand, Filipina dan Hong Kong. Untuk negara Malaysia dan Singapura, filem ini di berada di tangga kedua dan tempat ketiga di Jepun, Arab Saudi dan Arab Bersatu.

“Seoul Vibe” membawa kisah Dong-wook (Yoo Ah-in) yang membentuk satu pasukan dengan rakan hipsternya untuk menyiasat satu penipuan dana oleh bekas presiden ketika Sukan Olimpik Seoul 1988 dan mencapai impian kehidupan Amerika yang sekian lama diimpikan.

Korang dah tengok ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...