Ikuti Kami:

Yoo Ahin Ketuai Aksi Lumba Kereta Pada 80-an, Tonton Filem ‘Seoul Vibe’ Di Netflix Kini

Yoo Ahin Ketuai Aksi Lumba Kereta Pada 80-an, Tonton Filem ‘Seoul Vibe’ Di Netflix Kini

Sudah menjadi sebutan ramai sejak ia diumumkan, akhirnya penonton dapat melihat filem “Seoul Vibe” di Netflix kini.

“Seoul Vibe” membawa kisah Dong-wook (Yoo Ah-in) yang membentuk satu pasukan dengan rakan hipsternya untuk menyiasat satu penipuan dana oleh bekas presiden ketika Sukan Olimpik Seoul 1988 dan mencapai impian kehidupan Amerika yang sekian lama diimpikan.

Nak tahu apa lagi best? Jom dengar perkongsian para pelakon utama iaitu Yoo Ah-in, Moon So-ri, Park Ju-hyun, Lee Kyu-hyung, Go Kyung-pyo, Ong Seong-woo dan pengarah Moon Hyun-sung mengenai filem ini menerusi sebuah sidang media anjuran Netflix.

netflix seoul vibe

Kredit foto: Netflix

Berkumandang feel 80-an

Semestinya ramai yang tertanya-tanya mengapakan zaman 80-an yang dipilih oleh pengarah Moon Hyun-sung, ulasnya,

Bagi Korea, 1988 ialah era di mana sisi bersinar dan kegelapan muncul dalam waktu yang sama. Saya mahu mereka cerita yang berlaku pada waktu yang menarik.

Disebabkan filem ini berlatarbelakangkan Seoul pada tahun 1988, pengarah ini memastikan bahawa muziknya sesuai dengan suasana ketika itu,

Dari lagu hip hop yang popular di Amerika Syarikat sebelum 1988 hingga ke lagu yang terkenal di Korea pada separuh kedua filem itu, kami bekerja keras untuk menghasilkan mixtape berwarna-warni. Song Min-ho (Mino WINNER) dan Gaeko memberikan banyak nasihat buat saya bagi membantu dalam projek ini.

netflix seoul vibe

Kredit foto: Netflix

Filem pertama Mino

Kena dengan jiwanya, pengarah tersebut mengatakan bahawa Song Mi-no merupakan calon terbaik bagi watak Galchi kerana dapat menyampaikan konsep itu dengan hebat.

Tambah Yoo Ah-in pula mengenai lakonan lelaki itu,

Saya terkejut. Dia mempunyai jiwa yang bebas dan sangat ghairah. Terdapat bakat yang mentah pada dia yang saya tak nampak dalam pelakon lain. Dan saya rasakan kementahan itu sesuai dengan filem ini selain membawa sesuatu yang segar.

netflix seoul vibe

Kredit foto: Netflix

Malah Yoo Ah-in menjelaskan bahawa Song Mi-no sebenarnya merasai pelbagai bebanan kerana dia merupakan seorang pemuzik dan ini ialah projek lakonan pertamanya.

Dia melakukan dengan baik, jadi saya terkejut dan gembira bahkan saya juga berasa untuk melakukan lebih baik lagi.

Aksi perlumbaan mengujakan

Adrenalin penonton pastinya turun naik ketika menonton “Seoul Vibe” memandangkan babak kejar-mengejar yang diselitkan di dalamnya. Malah Yoo Ah-in sendiri mempelajari pelbagai perkara bagi menjiwai watak Dong-wook, ketua pasukan Supreme Sanggye-dong,

Saya sebenarnya tak tahu banyak mengenai kereta sebelum menyertai penggambaran ini. Saya banyak meluangkan masa di litar lumba dan di dalam kereta bagi menyesuaikan diri dengan watak itu.

netflix seoul vibe

Kredit foto: Netflix

Dipenuhi konsep ‘newtro’ 

Apa yang menariknya tentang filem ini ialah ianya menggabungkan trend pasa masa lalu iaitu ‘newtro’, gabungan ‘baru’ dan ‘retro’ dalam tafsiran yang baru.

Kata Moon So-ri yang membawa watak antagonis, Pengerusi Kang,

Daripada mencuba baju lama dari pada masa lalu, saya menggunakan pakaian retro yang popular dalam dunia fesyen kini dan melakukan sedikit perubahan kepadanya. Kami mengubah beberapa butang dan menambah riben dan pad bau padanya. Saya juga menggandingkannya dengan sarung tangan berenda.

netflix seoul vibe

Kredit foto: Netflix

Go Kyung-pyo yang melakonkan watak DJ Woo-sam turut menambah,

Filem ini mengambil cabran dan memaparkan sisi dinamik dengan menggabungkan trend masa kini dan masa lalu.

Pastinya mengujakan, filem ini dipenuhi dengan pelbagai lagak perlumbaan kereta selain dipenuhi dengan elemen hip hop lama dan pop Korea 80-an.

Tak sabar dah kan? Cepat tonton “Seoul Vibe” di Netflix sekarang juga!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...