Mesti ramai kan yang kenal dengan kumpulan OH MY GIRL?
Terbaru pada 27 Julai, Mimi OH MY GIRL telah tampil dalam program YouTube “No Turning Back Tak Jaehoon” sebagai tetamu dan ada bercakap tentang pendapatannya sebagai seorang selebriti.
Pada awalnya, Mimi berkongsi tentang saluran YouTube peribadinya “MimPD”,
Saya menyuntingnya sendiri. Hasil YouTube saya akan terima seorang kerana saya tidak mempunyai sebarang bantuan dari syarikat. Tapi sekarang, saya bekerja dengan kakitangan kerana saluran itu telah menjadi besar sedikit.
Kemudian apabila ditanya sama ada dia berasa kasihan dengan ahli OH MY GIRL yang lain kerana dia menerima pendapatan sendiri dari pelbagai sumber kini, Mimi menjawab,
Tidak, kerana ahli lain sudah menerima wang sebelum saya. Saya mengambil masa 8 tahun untuk mula menjana pendapatan.
Jelasnya lagi,
Saya pernah hidup dalam hutang secara berterusan dan sekarang selepas 8 tahun, saya akhirnya menjana wang, manakala ahli lain memperoleh pendapatan dalam tempoh 1 hingga 2 tahun. Ia agak tidak adil.
Semoga terus berjaya Mimi!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.