Ikuti Kami:

Meski Dah ‘Ditegur’ Agensi, Park Bom Sekali Lagi Kongsi Foto Lee Minho & Panggil Dia ‘Suami’

Meski Dah ‘Ditegur’ Agensi, Park Bom Sekali Lagi Kongsi Foto Lee Minho & Panggil Dia ‘Suami’

Meski dah beberapa kali dipadam oleh agensi, Park Bom 2NE1 sekali lagi memuat naik foto Lee Min-ho di Instagram peribadinya.

Terbaru pada 15 Februari, Park Bom telah berkongsi fotonya bersebelahan dengan gambar Lee Min-ho dan menekankan bahawa lelaki itu adalah suaminya. Tulisnya,

Betul, dia suami saya.

Sebelum ini ketika penyanyi itu melakukan perkara yang sama, agensi menjelaskan,

Ia adalah hal peribadi artis jadi sukar untuk mengesahkan tentang hubungan mereka. Bagaimanapun berdasarkan kejadian sebelum ini, kami faham ia berlaku hanya kerana dia adalah peminat Lee Min-ho.

park bom lee minho

Meskipun ramai yang melihatnya hanya sebagai seorang peminat yang meluahkan minatnya namun, ada juga yang mengkritik Park Bom kerana sengaja menimbulkan kontroversi dan turut memberi kesan kepada nama Lee Min-ho.

Hmm pulak dah..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Nocut News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...