Nampaknya, Park Bom memang tak segan untuk menunjukkan minatnya kepada Lee Min-ho.
Terbaru pada 13 Februari, Park Bom telah membuka akaun Instagram kedua buat peminat, dengan memuat naik banyak swafoto baru. Memperkenalkan dirinya, wanita itu menulis,
Ini adalah Park Bom baru. Akaun sebenar kedua saya.
Menarik perhatian, Park Bom turut memuat naik dua fotonya bersebelahan dengan gambar Lee Min-ho beserta kaspyen yang ditulis,
Suami saya Lee Min-ho.
Untuk pengetahuan, ini bukan kali pertama ahli 2NE1 itu menunjukkan minatnya secara terbuka kepada Lee Min-ho kerana pada September tahun lalu, dia juga pernah memuat naik foto lelaki itu dan mendakwa bahawa dia adalah suaminya.
Bagaimanapun, agensi menjelaskan bahawa Park Bom hanya meluahkan minatnya kepada Lee Min-ho dan mereka bukannya sedang bercinta. Kini, hantaran tersebut juga telah dipadam dari Instagram tersebut.