Tak semua perpisahan itu berakhir dengan kesedihan..
Terbaru, Kim Bo-ra mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang dengan pengarah Jo Ba-reun tak lama nanti. Mereka berkenalan semasa penggambaran “Ghost Mansion” pada 2021 dan sudah hampir 3 tahun menjalinkan hubungan cinta.
Namun apa yang menarik perhatian ramai ialah kerana pelakon wanita itu yang dilihat tidak memadam gambar bekas kekasihnya, Jo Byeong-gyu sehingga kini. Berbeza dengan Jo Byung-gyu yang telah menghapuskan kesemua gambar bersama Kim Bo-ra selepas perpisahan mereka.
Pada tahun 2019, Kim Bo-ra dan Jo Byeong-gyu berkenalan menerusi drama “SKY Castle”, dan hubungan mereka berpanjangan menjadi kekasih selepas itu. Pada bulan Ogos tahun 2020, selepas 1 tahun 6 bulan menjalin hubungan, mereka mengumumkan perpisahan.
Dorang kawan lagi kot..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.