Ikuti Kami:

Kenal Di Set Rakaman, Kim Bora Umum Bakal Berkahwin Dengan Pengarah Cho Bareun Jun Ini

Kenal Di Set Rakaman, Kim Bora Umum Bakal Berkahwin Dengan Pengarah Cho Bareun Jun Ini

Tiada angin tiada ribut, pelakon Kim Bo-ra tiba-tiba umum bakal berkahwin.

Terbaru pada 5 Mac, agensi Kim Bo-ra mengesahkan bahawa wanita itu akan berkahwin dengan Cho Ba-reun, yang merupakan pengarah untuk filem “The Night Shift”.

Kedua mereka dipercayai berjumpa sebagai pelakon dan pengarah pada 2021 ketika filem itu dikeluarkan, dan akhirnya mula mempunyai perasaan pada satu sama lain.

kim bora married

Kongsi agensi,

Kim Bo-ra akan berkahwin pada bulan Jun. Selepas tiga tahun bertemu, mereka akan berkahwin. Majlis itu akan diadakan secara tertutup dengan kedua-dua keluarga, saudara mara dan kenalan rapat yang akan hadir. Saya meminta anda semua memberikan banyak perhatian dan kasih sayang.

Sementara itu, Cho Ba-reun dilahirkan pada tahun 1989, iaitu 6 tahun lebih tua dari Kim Bo-ra.

Tahniah buat pasangan ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...