Siap sedia EXO-L untuk saksikan pelbagai kandungan baru dari EXO!
Terbaru pada 8 Jun, ahli EXO iaitu Xiumin, Su-ho, Baek-hyun, Chen, Chan-yeol, D.O. dan Se-hun dilihat berada di Lapangan Terbang Gimpo, menuju ke satu destinasi.
Pada hari yang sama, SM Entertainment berkongsi,
EXO merancang untuk membuat penggambaran satu program hiburan kumpulan di Korea.
Untuk pengetahuan, EXO sedang bersedia untuk kemunculan semula mereka pada tahun ini, dan kesemua tujuh ahli tidak termasuk Kai yang sedang dalam khidmat ketenteraan kini, akan mengambil bahagian dalam penggambaran muzik video dan aktiviti kumpulan.
Sebelum ini, Baek-hyun, Xiumin dan Chen telah menghadapi konflik mengenai kontrak mereka dengan SM Entertainment namun, semua ahli akan setia terlibat dengan semua aktiviti kumpulan.
Tak sabarnya tunggu lagu baru EXO!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉