Utama K-Pop Meski 3 Ahli Ada Isu Kontrak, Kesemua Ahli EXO Bakal Sertai Penggambaran...

Meski 3 Ahli Ada Isu Kontrak, Kesemua Ahli EXO Bakal Sertai Penggambaran MV Baru

Meskipun tiga ahli menghadapi kemelut bersama SM Entertainment kini, EXO khabarnya akan meneruskan penggambaran video muzik mereka.

Selepas berita Chen, Baekhyun dan Xiumin menfailkan notis menamatkan kontrak bersama agensi itu, khabarnya ada sedikit gangguan terhadap jadual rakaman MV untuk album terbaru mereka.

Respon SM Entertainment,

Penggambaran video muzik akan berjalan mengikut jadual bersama ketujuh-tujuh ahli EXO.

Pada awal pagi ini, Chen, Baekhyun dan Xiumin dilaporkan telah menfailkan notis tamat kontrak bersama SM Entertainment. Agensi ternama itu kemudian melaporkan bahawa terdapat pihak ketiga yang cuba menghasut artis mereka bagi berpaling arah selain menafikan bahawa mereka tidak telus dalam pembayaran pendapatan.

Harap EXO dan EXO-L kuat..

Loading...