Sepertinya drama ‘comeback’ Kim Jung-hyun tidak dapat mencapai jangkaan ramai walaupun sudah 4 episod tayangan.
Untuk pengetahuan, “Kokdu: Season Of Deity” mengisahkan mengenai malaikat maut yang terpaksa meluangkan masa selama 49 hari di dunia.
Walaupun sudah 2 tahun menyepikan diri daripada dunia K-Drama namun Kim Jung-hyun membuktikan bakatnya dalam dunia lakonan apabila mampu membawa 3 watak berbeza dalam situasi berlainan.
Pun begitu, sepertinya drama fantasi tidak menjadi ‘makanan’ ramai apabila drama lain yang ditayangkan dalam slot yang sama seperti siri romantik “Crash Course In Romance” dan siri jenayah “Payback” lebih menerima respon hangat penonton kini.
Apa kata korang?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉