Ikuti Kami:

Merosakkan Pantai & Penggambaran Tanpa Izin, Pihak Produksi ‘Castaway Diva’ Mohon Maaf

Merosakkan Pantai & Penggambaran Tanpa Izin, Pihak Produksi ‘Castaway Diva’ Mohon Maaf

Pihak drama “Castaway Diva” memohon maaf atas kesilapan mereka.

Pada 13 November, pasukan produksi bagi drama “Castaway Diva” telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kontroversi yang mereka alami.

Kata wakil syarikat itu,

Kami memohon maaf atas kesulitan yang dialami oleh penduduk setempat. Kami terlebih dahulu telah menerangkan mengenai penggambaran drama ini kepada penduduk setempat serta organisasi yang berkaitan.

Tetapi, terdapat kekurangan dalam proses kemajuan dan penyelesaian yang telah kami hadapi.

Sebelum ini, terdapat penduduk di Pulau Jeju melaporkan bahawa pihak produksi drama yang menampilkan Park Eun-bin itu, telah meninggalkan timbunan batu di pantai selepas melakukan penggambaran di situ tanpa sebarang keizinan.

castaway diva jeju

Malah, penduduk lain yang tinggal di situ juga turut berkongsi gambar timbunan batu tersebut dan berkata,

Saya dah lihat ramai orang yang buat penggambaran drama di Pulau Jeju. Namun, ini kali pertama saya jumpa pasukan produksi yang tak bertanggungjawab serta tidak membersihkan semula tempat penggambaran.

Selain itu, media juga mengatakan bahawa kerjasama dan kebenaran daripada pihak pentadbiran adalah penting untuk menggunakan sesebuah kawasan sebagai tempat penggambaran.

Namun, drama ini telah melakukan penggambaran tanpa membuat sebarang proses serta tidak mendapat keizinan yang sepatutnya.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...