Meriah! Foto Sekitar Majlis Perkahwinan Hyunbin & Son Yejin Tular
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Selepas memuat naik foto pra-perkahwinan pada pagi tadi, Hyunbin & Son Ye-jin dilihat sibuk dengan majlis perkahwinan mereka kini.
Artikel Berkaitan
Terbaru, foto sekitar majlis tertutup yang berlangsung di Aston House, Grand Walkerhill Hotel yang terletak di Gwangjin-gu, Seoul telah dilaporkan oleh sebuah media.
Pasangan itu dilihat sepadan dengan pakaian pengantin selain Son Ye-jin dilihat menangis sedikit semasa majlis penyatuan jiwa mereka.

Dihadiri hanya keluarga terdekat dan teman rapat, majlis bermakna itu berjalan meriah di kawasan luar lokasi berkenaan. Dalam pada itu, pintu keluar masuk ke majlis tersebut dikatakan dikawal rapai oleh petugas keselamatan.
Dilaporkan bahawa ucapan tahniah dibaca oleh Jang Dong-gun dan penyanyi yang memeriahkan lagi majlis tersebut ialah Gummy, Paul Kim dan Kim Beom-su.
Tahniah!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




