Ikuti Kami:

Meriah! 8 Seleksi K-Drama Baru Daripada Berbagai Genre Bakal Sapa Penonton Ogos Ini

Meriah! 8 Seleksi K-Drama Baru Daripada Berbagai Genre Bakal Sapa Penonton Ogos Ini

Masuk bulan baru bermaksud sudah banyak naskhah K-Drama baru yang bakal menemui anda pada Ogos ini. Tak sabarnya!

1. Lonely Enough To Love

MBC | 11 Ogos

mbc lonely enough to love

Drama romantik ini menggandingkan Ji Hyun-woo dan Kim So-eun dan membawa kisah rakan serumah dalam usia 20-an dan 30-an yang tidak mahukan perhubungan yang serius serta mahu hidup bebas namun dalam masa yang sama tidak betah berasa kesepian.

Cha Kang-woo (Ji Hyun-woo) iaitu seorang pakar psikiatri tampan namun mempunyai personaliti yang unik. Manakala Lee Na-eun (Kim So-eun) pula ialah seorang editor freelancer yang sudah pun 4 tahun tidak merasai manis bercinta.

2. SF8

MBC | 14 Ogos

mbc sf8

MBC telah memperkenalkan satu siri antologi bertajuk “SF8” di mana ia membawa 8 drama dengan pelbagai latar belakang namun di bawah satu tema iaitu fiksyen sains (sci-fi). Berlaku pada masa hadapan, ia menceritakan kisah sekumpulan individu yang mengimpikan masyarakat yang sempurna menerusi kemajuan teknologi. Projek ini ialah membawa pelbagai cerita daripada subjek yang berbeza seperti kecerdasan buatan (AI), realiti berperantara (AR) realiti maya (VR), robot, permainan, fantasi, seram, kuasa luar biasa dan bencana alam.

Sinopsis kesemua 8 drama pendek itu boleh dibaca di sini.

Bagi peminat K-Drama di Malaysia pula, anda boleh saksikan antologi hebat ini bermula 15 Ogos, Sabtu menerusi saluran Oh!K (Astro saluran 394) pada jam 8 malam!

3. Secret Forest 2 

tvN | 15 Ogos

tvn secret forest 2

Musim pertama “Secret Forest” ditayangkan pada tahun 2017 dan menceritakan tentang seorang pendakwa yang tidak mempunyai perasaan, Hwang Si-mok (Cho Seung-woo) dan seorang polis yang baik hati, Han Yeo-jin (Bae Doo-na). Kedua mereka bergabung tenaga untuk menangkap pembunuh bersiri dan membongkarkan rasuah yang berlaku secara senyap dalam pejabat pendakwaraya tersebut.

Dalam musim terbaru ini, Si-mok dan Yeo-jin kembali bergabung bagi menegakkan keadilan dan menjatuhkan kumpulan yang mengamalkan korupsi.

4. When I Was The Prettiest 

MBC | 19 Ogos

mbc when i was the prettiest dikritik

Membawa kisah Oh Ye-ji (Im Soo-hyang) iaitu seorang wanita yang naif dan optimistik terhadap kehidupannya. Dia hanya mengimpikan kebahagiaan yang picisan sebagai seorang pereka seramik namun tanpa sengaja telah terperangkap di antara cinta dua adik-beradik lelaki iaitu Seo-hwan (Jisoo) yang menyintainya sejak wanita itu menjadi guru ganti di sekolahnya lagi dan Seo-jin (Ha Seok-jin), seorang pelumba kereta yang pendiam namun akan dapatkan segala yang dihajatinya.

Bagi penonton Malaysia pula, anda boleh saksikan antologi hebat ini bermula 20 Ogos, Khamis menerusi saluran Oh!K (Astro saluran 394) pada jam 7.40 malam!

5. Do Do Sol Sol La La Sol

KBS | 26 Ogos

kbs do do sol sol la la sol

Ia adalah sebuah kisah komedi romantik mengenai seorang pemain piano Goo La-la (Go A-ra) yang jatuh terduduk apabila keluarganya mengalami kegagalan. Cuba untuk bangun dengan melawat ke sebuah akademi piano ‘La La Land’ yang terletak di sebuah perkampungan kecil, tanpa sengaja wanita ini telah berkenalan dengan seorang lelaki yang dingin dan misteri iaitu Sun Woo-joon (Lee Jae-wook) yang sepertinya menyimpan pelbagai rahsia.

6. Alice

SBS | 28 Ogos

sbs alice

Park Jin-kyum (Joo Won) iaitu seorang detektif yang lahir tanpa kemampuan untuk mempunyai apa-apa emosi. Dalam usaha untuk menyelesaikan satu kes misteri, dia merupakan orang pertama yang mendapat tahu mengenai penggembara masa yang datang daripada masa depan menerusi alat bernama ‘Alice’. Sambil bertarung dengan pelbagai insiden tidak dijangka disebabkan oleh kewujudan alat tersebut, dia bertemu semula dengan Yoon Tae-yi (Kim Hee-sun), seorang wanita yang sudah lama mati.

Yoon Tae-yi ialah seorang ahli fizik yang bijak dan memegang kunci utama kepada rahsia penggembaraan masa ini. Selepas bertemu dengan Park Jin-kyum yang menegaskan bahawa mereka berjumpa kerana takdir, dia menyertai lelaki tersebut bagi membongkar misteri ini. Dalam misi ini, dia juga mempelajari rahsia mengenai dirinya sendiri.

7. Missing: The Other Side

OCN | 29 Ogos

ocn missing: the other side

Drama fantasi misteri ini berlatar belakangkan sebuah perkampungan yang dihuni oleh roh yang hilang ketika mereka masih lagi hidup. Bagi membongkar misteri ini, sekumpulan individu telah berkumpul bagi mencari mayat yang hilang dan cuba mencari tahu nasib mereka sebelum dibawa ke sana.

Kim Wook (Go Soo) seorang penipu telah bergabung tenaga dengan Jang Pan-seok (Heo Joon-ho) dan merentasi jambatan di antara dunia nyata dan perkampungan misteri itu. Lee Jung-ah (Ahn So-hee) pula menjalani dua kehidupan yang berbeza iaitu seorang pekerja kerajaan normal pada siangnya dan berubah menjadi penggodam apabila malam menjelma. Dengan bakat yang ada, wanita itu membantu Kim Wook menyelesaikan segala misteri yang ada.

8. Do You Like Brahms?

SBS | 31 Ogos

do you like brahms?

Park Joon-young (Kim Min-jae) mula bermain piano sejak berusia 6 tahun lagi dan berjaya meraih pelbagai trofi daripada pertandingan tempatan sehingga ke seluruh dunia. Manakala Chae Song-ah (Park Eun-bin) pula yang merupakan graduan bidang perniagaan, kini kembali mendaftar ke universiti yang sama namun ke sekolah muzik pula selepas 4 tahun mencuba. Wanita itu yang 7 tahun lebih tua daripada rakan sekelasnya tetap gagah bagi mengejar impiannya.

Terus penuhi Ogos anda dengan pelbagai seleksi K-Drama baru!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...