Ikuti Kami:

Antologi Sci-Fi ‘SF8’ Bawa 8 Drama, Gabung Realiti Maya Dengan Pelbagai Genre Seperti Romantik & Jenayah

Antologi Sci-Fi ‘SF8’ Bawa 8 Drama, Gabung Realiti Maya Dengan Pelbagai Genre Seperti Romantik & Jenayah

Semakin hari, semakin hebat drama yang dihasilkan oleh industri drama Korea. Terbaru, saluran MBC telah memperkenalkan satu projek bertajuk “SF8” di mana ia membawa 8 drama dengan pelbagai latar belakang namun di bawah satu tema iaitu fiksyen sains (sci-fi).

Berlaku pada masa hadapan, “SF8” menceritakan kisah sekumpulan individu yang mengimpikan masyarakat yang sempurna menerusi kemajuan teknologi. Projek ini ialah projek antologi asli Korea yang membawa pelbagai cerita daripada subjek yang berbeza seperti kecerdasan buatan (AI), realiti berperantara (AR) realiti maya (VR), robot, permainan, fantasi, seram, kuasa luar biasa dan bencana alam. Mengujakan kan?

Berikut adalah 8 drama yang bakal mula ditayangkan bermula 14 Ogos nanti di mana setiap kisah mempunyai satu episod sahaja.

EP 1: The Prayer

the prayer sf8

Satu robot kejururawatan dilakonkan oleh Lee Yoo-young yang mempersoalkan sama ada dia perlu menyelamatkan seorang pesakit tua ataupun penjaganya.

EP 2: Manxin

manxin sf8

Lihat bagaimana watak Lee Yeon-hee dan Lee Dong-hwi membongkar rahsia sebuah tukang tilik AI yang menipu orang awam.

EP 3: Blink

blink sf8

Membawa gabungan seorang pegawai polis yang dilakonkan oleh Lee Si-young bergabung tenaga dengan satu robot AI lakonan Ha Jun dalam menyelesaikan misteri pembunuhan.

EP 4: Empty Body

empty body sf8

Pelakon Moon So-ri membawa watak seorang ibu yang cuba menghidupkan semula anak lelakinya yang sudah mati dengan menggabungkan sebahagian otaknya dengan AI.

EP 5: Joan’s Galaxy

joan's galaxy sf8

Lihat lakonan Kim Bo-ra dan Choi Sung-eun yang melakukan komentari mengenai pengelasan sosial.

EP 6: Love Virtually

love virtually sf8

Seorang lelaki (lakonan Choi Si-won) dan wanita (lakonan Uee) yang bertemu dalam realiti maya kini cuba mencari cinta dalam dunia sebenar.

EP 7: White Crow

white crow sf8

Ha-ni diberi tanggungjawab untuk melakonkan watak seorang pengulas permainan yang terperangkap dalam dunia maya.

EP 8: Baby It’s Over

baby it's over sf8

Pelakon Lee David dan Shin Eun-soo melakonkan watak lelaki dan wanita yang memilih cinta meskipun bumi bakal musnah dek serangan komet besar.

Fuhh! Para peminat drama sci-fi mesti dah teruja habis untuk tonton siri “SF8” ini kan? Jangan lupa tonton di MBC bermula 14 Ogos nanti.

Bagi peminat K-Drama di Malaysia pula, anda boleh saksikan antologi hebat ini bermula 15 Ogos, Sabtu menerusi saluran Oh!K (Astro saluran 394) pada jam 8 malam!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...