Ikuti Kami:

“Mereka Zum Bahagian Sulit Saya” – Peserta ‘Physical:100’ Dedah Bakal Saman Komen Berbaur Seksual

“Mereka Zum Bahagian Sulit Saya” – Peserta ‘Physical:100’ Dedah Bakal Saman Komen Berbaur Seksual

Kim Chun-ri yang popular menerusi program Netflix iaitu “Physical: 100” kini mendedahkan bahawa dia bakal mengambil tindakan undang-undang buat komen serangan seksual.

Muat naik wanita itu baru-baru ini,

Saya telah menerima pelbagai komen berniat jahat, dan bersabar dengan tulisan yang membesar-besarkan bahagian tertentu badan saya dan ‘memotong’ badan saya seperti memotong ikan di atas papan pemotong adalah sangat memenatkan. Apa salah saya? Saya telah melakukan yang terbaik sebagai ahli bina badan sambil berlatih sukan kegemaran saya selama hampir 20 tahun. Tiada apa yang boleh dibincangkan mengenai saya jadi anda membesarkan bahagian badan saya dan berbincang tentangnya kan?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 김춘리(chunri kim) (@chunri.kim)

Tambahnya lagi,

Saya diserang secara seksual. Ada kenalan yang menghubungi bagi menyampaikan mengenai entri dimuat naik seseorang beberapa tahun lalu. Kini, saya tahu. Mereka memuat naik gambar saya di atas talian dan membesarkan beberapa bahagian badan dan menulis komen berunsur serangan seksual mengenainya. Saya berasa tertekan dan terkejut dengan penghinaan ini. Lelaki seperti awak mungkin akan membuat serangan seksual terhadap ibu atau pun anak perempuan sendiri.

Jelasnya lagi, dia bakal bertemu dengan peguam bagi meneruskan dengan tindakan undang-undang. Bahkan dia memberi amaran kepada mereka bahawa kesemua komen buruk sudah pun disimpan selain menegaskan tidak guna lagi sekiranya entri berkaitan dipadam kini,

Saya tak boleh makan dengan baik kerana komen buruk itu, Saya terperanjat.

chunri

Dalam pada itu, Chun-ri turut terpalit dengan kontroversi baru-baru ini apabila pemain Park Hyung-geun telah menyerang dadanya meskipun dia seorang wanita. Ahli bina badan itu bagaimanapun menafikan perkara berkenaan dan berkata bahawa para peserta tahu mengenai apa yang perlu dilalui mereka semasa mendaftarkan diri untuk “Physical: 100”.

Busuknya perangai..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...