Ikuti Kami:

Impak Jungkook BTS, Program Survival Netflix ‘Pshyical: 100’ Berjaya Raih 10 Juta Tontonan

Impak Jungkook BTS, Program Survival Netflix ‘Pshyical: 100’ Berjaya Raih 10 Juta Tontonan

Nampaknya, program “Physical: 100” mendapat sambutan la!

Baru-baru ini, satu sidang media telah berlangsung untuk program survival di Netflix berjudul “Physical: 100”.

Untuk maklumat, “Physical: 100” ialah program survival dimana 100 orang yang bangga menjadi terkuat bersaing antara satu sama lain dan berentap untuk mendapat gelaran yang paling berkuasa.

Dalam sidang media itu, penerbit Jang Ho-ki menyatakan bahawa,

Ramai yang bertanya kepada saya mengapa rancangan ini hanya dilakukan di Korea sahaja dan saya juga menerima banyak cadangan melalui mel peribadi saya. Saya fikir ianya akan menjadi sangat menarik apabila menjemput orang datang ke program itu.

penerbit physical 100

Kemudian, dia menyambung lagi,

Kami juga menerima banyak lukisan dari peminat dan video yang dibuat oleh penonton sejak minggu lepas lagi. Para peserta juga turut berterima kasih atas sokongan yang diberikan.

Selain itu, penerbit Jang Ho-ki turut berkata,

Saya fikir saya tidak sepatutnya bermegah tentang ini tapi saya mendengar kami mendapat 10 juta tontonan selepas Jung-kook BTS mendedahkan bahawa dia sedang menonton program kami. Saya benar-benar ingin berterima kasih kepadanya.

Dahsyat betul penangan Jung-kook BTS.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...