Utama Celebrity News “Saya Tak Boleh Padamnya..” – Jungkook BTS Ulas Soal Tatunya Di Tangan...

“Saya Tak Boleh Padamnya..” – Jungkook BTS Ulas Soal Tatunya Di Tangan & Lengan

Baru-baru ini, Jung-kook BTS nampaknya sering meluangkan waktu bersama peminat menerusi siaran langsung di laman Weverse.

Khususnya dalam siaran langsung pada 2 Februari, Jung-kook berborak dengan peminat sambil menerangkan maksud setiap tatu di tangan dan lengannya. Merujuk kepada tatu ‘ARMY’ di tangannya, ahli BTS itu berkata,

Saya sangat yakin dan bangga dengan ARMY.

Jelas Jung-kook lagi mengenai tatunya,

Pada mulanya saya hanya mahu tatu ARMY di tangan. Tetapi, kerana ARMY adalah makhluk yang cantik, saya mahu melakukannya dengan fon yang mewah.

bts jungkook

Kemudian, apabila peminat bertanya sama ada Jung-kook pernah terfikir untuk membuang tatunya, idola lelaki itu menjawab,

Memadam itu menyakitkan. Saya tak suka. Mereka kata memadam lebih menyakitkan dari mengukir tatu dan penyembuhan mengambil masa yang lama. Jika saya memadamkan tatu saya, saya seperti menafikan diri saya yang lalu. Tatu saya adalah sebahagian dari diri saya pada masa lalu, itulah sebabnya saya tidak boleh memadamnya.

Tambahnya lagi,

Sudah tentu, jika terdapat situasi di mana tiada pilihan selain memadam tatu, maka sudah tentu ia harus dipadamkan. Namun, jika keadaan saya baik-baik saja dan saya tidak merasakannya, maka mengapa saya perlu memadamnya?

Cool la Jung-kook!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERMy Daily
Loading...