Siapa yang menyebarkan khabar angin mengenai ahli BLACKPINK tidak menyukai satu sama lain pastinya akan menutup mulut selepas melihat interaksi antara ahli mereka ini.

Baru-baru ini, Lisa secara julung kalinya telah membuat persembahan di kelab bogel kelas tinggi ‘Crazy Horse’ di Paris. Walaupun menerima kritikan ramai kerana persembahan provokatif yang ditampilkan, namun idola tersebut berjaya menghabiskan persembahan dengan tepukan gemuruh ramai.
Lebih mengagumkan apabila Rosé dan Jisoo turut dilihat berada di acara itu bagi memberikan sokongan buat rakan kumpulan mereka selain memberikan jambangan bunga sebagai ucapan tahniah.
Menurut peminat yang turut berada di sana, kedua-dua mereka kelihatan gembira semasa Lisa melakukan persembahan solo bersama penari lain. Katanya, kedua-dua mereka bergelak ketawa semasa penari bogel mendekati mereka,
Ok so I saw naked women dancing very sensually with Roseanne and Kim Jisoo laughing and clinging to each other!! This is my biggest flex
— ️ (@lichaeinparis) September 28, 2023
Nampak dorang excited!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.