Ikuti Kami:

“Dia Tersenyum Yakin” – Seksi & Menggiurkan, Persembahan Lisa BP Di Kelab Boge* Tular

“Dia Tersenyum Yakin” – Seksi & Menggiurkan, Persembahan Lisa BP Di Kelab Boge* Tular

Setelah sekian lama menanti, akhirnya Lisa membuka persembahan sulungnya di acara bogel ‘Crazy house’ di Paris.

Bagi yang tidak mengetahui, ahli BLACKPINK itu akan melakukan persembahan sebanyak 5 kali dalam tempoh 3 hari dari 28 ke 30 Oktober ini. Sejak jadual itu diumumkan, ramai yang meluahkan rasa tidak sangka kerana idola tersebut yang tidak kisah tampil provokatif buat acara itu bersama penari seksi lain.

Sejak pagi tadi, foto dan video Lisa ketika persembahan pertamanya di kelab berkenaan telah tular di serata laman media sosial. Malah ia turut trending tinggi di platform seperti Twitter sejak beberapa jam lalu.

lisa crazy horse

Walaupun penari lain tampil tidak berbaju namun Lisa dilihat memakai one-piece seksi yang hanya menayangkan bahagian perut dan kaki sahaja. Lebih membanggakan kerana Rose dan Jisoo dilihat turut menyertai acara itu sebagai penonton dan memberikan sokongan padu buat rakan kumpulan mereka.

Dalam pada itu, terdapat peminat yang menceritakan mengenai persembahan ahli BLACKPINK itu di mana dia dilihat tampil yakin membuka baju satu persatu hingga hanya tinggal pakaian dalam sahaja. Malah ada yang sempat menangkap item pakaian yang dicampak oleh Lisa semasa acara itu.

Sebelum ini, peminat dilihat meninggalkan kritikan buat Lisa kerana bersetuju menyertai persembahan yang mempromosikan ‘seks’ sedemikian namun ramai juga yang lantang bersuara kerana tahu kerana wanita itu sudah matang untuk membuat keputusan sendiri.

Dahsyat Lisa!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...